SERTAI KOMUNITI TRADER DAN DAPATKAN HADIAN UNTUK ANDA

Bagaimana untuk sertai Komuniti Profitsokmofx-Trader.Sesiapa saja yang membuka akaun forex
dari
Syarikat Liteforex
di link admin akan menerima signal percuma dan hadiah istimewa dari
syarikat Liteforex! Register Sekarang KLIK PADA BANNER



Saturday, August 23, 2008

FOREX SCALPING “Tiny Trades For Terrific Profits” eBook By Robert Borowski - Klip Disini Untuk Donwload


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di kesempatan waktu yang ada ini marilah kita sama-sama mempertajamkan lagi teknik yang bersandarkan kepada analisis Teknical. Dalam hal ini saya akan mengambil pendekatan supaya kita sama-sama dapat memahami bagaimana analisis technical digunakan untuk memperolehi keuntungan pada forex trading. Apa jua indicator yang kita gunakan samada stoch, macd, rsi, oscillator, Fibonacci dan macam-macam lagi yang didapati diplatfom atau anda beli, tentu saja kadang-kadang, jarang-jarang, kerap kali TIDAK sama dengan pradiknya dan tidak sepertimana anda belajar. Ini disebabkan Anda tidak mengabungkan kedua-dua analisi (Teknical + Fudamental)

Senjata utama analisis technical adalah grafik @ chat. Melalui chat inilah kita dapat melihat trend yang sedang berlangsung, waktu trend-time frame, volume tranksaksi dan level-level psikologis yang ada. Jika anda telah mampu menguasai ini, tentu saja mudah untuk mendapatkan profit.

Diantara trader berbeza-beza menggunakan sesuatu teknik, ada yang suka Long Team dan ada yang suka shot Team. Dikesempatan ini saya suka berkongsi dengan anda semua yang setia melawati blog free saya ini sebuah E-book FOREX SCALPING “Tiny Trades For Terrific Profits” eBook By Robert Borowski.

Download free e-book ini Klik Di Perkara Tajuk Sebelah Atas

http://rapidshare.com/files/139341263/FOREX_SCALPING.pdf

Tuesday, August 19, 2008


Salam dan selamat sejahtera teman-teman yang sentiasa melawati blog saya ini, dek kesibukkan tak kesempatan untuk menganalisis dan berbincang dengan teman-teman 2, 3 hari ni...salam kemaafan dipinta, untuk sama-sama renungi tip dan pertua orang yang berjaya. Insakallah saya akan sambung lagi pelajaran kita mengenai forex dari masa ke semasa.

Apakah rahsianya orang yang berjaya?

"I have so many races, so much to do in every race, I have to keep
100 per cent focused. No matter how good, you have to force it out
of your head," -Michael Phelps



Maksudnya adalah:

-100% fokus
-Jangan fikir diri kita sudah bagus (penting ni)
-Bersaing dengan diri sendiri, dan bukan oran lain!

Walaupun kita rasa kita bagus tapi, sentiasa membaiki strategi adalah sesuatu yang kita perlu buat dari masa ke semasa, jangan rasa mudah berpuas hati.


"When someone says you can't do something, it shows that anything
is possible. When you put your mind to a certain thing, it can
happen. The biggest thing is nothing is impossible. All it takes is
an imagination."

maju bersama.....

Sunday, August 17, 2008

Berita Fundamental - Presiden Medvedev tandatangani pelan enam perkara


SOCHI, Rusia 16 Ogos - Presiden Dmitry Medvedev hari ini menandatangani perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan konflik dengan Georgia berhubung isu wilayah South Ossetia.

Ketua jurucakap Kremlin, Natalia Timakova berkata, Presiden Medvedev memaklumkan bahawa beliau telah menandatangani pelan enam perkara tersebut.

Presiden Georgia, Mikheil Saakashvili telah menandatangani perjanjian yang diusahakan oleh Perancis semalam sewaktu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice melakukan lawatan ke negara itu

Sementara itu di Shannon, Ireland, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berjanji bahawa Moscow akan setia dengan pelaksanaan gencatan senjata berkenaan.

Rice semalam berjaya meyakinkan Saakashvili untuk menandatangani perjanjian yang diusahakan oleh Kesatuan Eropah yang kini diketuai Perancis.

Setiausaha Negara AS itu pada sidang akhbar di Tbilisi menyeru Rusia memanggil pulang pasukan tenteranya dengan segera.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon akan mengadakan perbincangan tertutup dengan duta AS, Rusia dan Georgia hari ini untuk mencari jalan memastikan gencatan senjata tersebut berjalan lancar.

Beliau dijangka mendesak duta dari ketiga-tiga negara itu untuk meningkatkan usaha mencapai konsensus mengenai draf resolusi baru untuk perjanjian yang telah menamatkan pertempuran lima hari di South Ossetia dan Abkhazia.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, Majlis Keselamatan juga dijangka mengadakan rundingan baru berhubung draf resolusi diusahakan oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang turut menyenaraikan komitmen tidak menggunakan kekerasan, menamatkan pertempuran secara jelas dan memberikan akses bebas kepada bantuan kemanusiaan.

Namun begitu Kementerian Luar Georgia menyatakan, tentera Rusia telah meletupkan jambatan kereta api yang terletak 45 kilometer dari Tbilisi untuk "melumpuhkan jaringan kereta api negara ini."

Agensi berita Rusia sendiri melaporkan, tenteranya telah merampas 100 buah kereta perisai termasuk 65 kereta kebal dan lima pelancar peluru berpandu dalam operasi dekat South Ossetia.

Kolonel Igor Konashenkov menjelaskan, beberapa pengangkut askar buatan AS turut ditemui selain meriam D-30 dan sistem artileri buatan Republik Czech.

Tambahnya, beberapa kereta kebal yang dirampasa juga didapati telah dipermodenkan di Ukraine tidak lama dulu.

- Agensi