SERTAI KOMUNITI TRADER DAN DAPATKAN HADIAN UNTUK ANDA

Bagaimana untuk sertai Komuniti Profitsokmofx-Trader.Sesiapa saja yang membuka akaun forex
dari
Syarikat Liteforex
di link admin akan menerima signal percuma dan hadiah istimewa dari
syarikat Liteforex! Register Sekarang KLIK PADA BANNER



Sunday, September 7, 2008

MANFAAT KEGAGALAN URUSNIAGA FOREX


Semua orang pernah mengalami kegagalan dalam urusniaga Forex, samada kecil ataupun besar. Dalam proses kita mahu menjadi trader yang berjaya, kita mungkin gagal dalam aspek-aspek tertentu. Apa yang penting adalah kita mengambil manfaat daripada kegagalan itu.

Bagaimana caranya mendapat manfaat daripada kegagalan tersebut?


1. Cari Penyelesaian Lain.


Kegagalan sebenarnya memberikan peluang kepada kita supaya mencuba mencari penyelesaian-penyelesaian lain yang mungkin membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Kita harus menggunakan kreativiti kita bagi mencari rentak penyelesaian lain.


2. Belajar Daripada Pengalaman Yang Dilalui


Kegagalan yang dialami pasti memberikan kita pengalaman baru, Maka, cara kedua mendapatkan manafaat daripada kegagalan adalah dengan belajar daripada pengalaman tersebut. Pengalaman itu nanti dapat digunakan bagi menghadapi situasi-situasi yang mencabar pada masa akan datang. Selain itu, pengalaman berkenaan menjadikan kita lebih matang. Ingatlah! Kematangan adalah penting untuk berjaya dalam bidang urusniaga Forex ini @ sebarang bidang yang kita ingin ceburinya.


3. Gunakan Kegagalan Bagi Membina Sikap


Kegagalan yang dihadapi boleh diumpamakan seperti air sejuk yang dicurahkan ke atas orang yang sedang nyenyak tidur, ia mengejutkan orang berkenaan secara tiba-tiba. Kadangkala, kejutan seperti inilah yang kita perlukan bagi menyedarkan kita tentang sikap kita yang mungkin kurang baik.


4. Gunakan Kegagalan Bagi Menilai Kembali Teknik @ Indicator Yang

Anda Gunakan


Kita boleh menggunakan kegagalan bagi menilai kembali Teknik @ indicator yang kita gunakan. Adakah teknik @ indicator yang anda gunakan kini BENAR-BENAR sesuai dengan jiwa anda? Apabila tidak, mungkin saudara perlu beralih ke teknik @ indicator yang lebih sesuai dengan jiwa anda. Anda perlu berlaku JUJUR kepada diri sendiri.


5. Gunakan Kegagalan Bagi Menguatkan Kekuatan Dalaman


Kegagalan dapat melemahkan seseorang, ia juga boleh menguatkan! Ianya terpulang kepada kita. Apabila kita membiarkan kegagalan melemahkan kita, sememangnya kita lemah semangat. Tetapi, apabila kita menggunakan kegagalan bagi menguatkan azam, maka kitalah yang bergelar pemenang. Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri. Buatlah PILIHAN dengan bijak.


6. Gunakan Kegagalan Bagi Mempelajari Pelbagai Kemahiran Baru


Selain daripada perubahan sikap, kegagalan yang dialami juga menyedarkan kita kurangnya kemahiran dalam teknik-teknik @ indicator-indicator tertentu. Oleh itu, gunakan kegagalan bagi menilai kemahiran teknik atau indicator yang kita miliki. Apabila ada kemahiran teknik atau indicator yang tidak mencukupi, dalamilah teknik atau indicator berkenaan.


7. Gunakan Kegagalan Bagi Mempelajari Kelemahan Sendiri


Kegagalan juga dapat digunakan bagi mempelajari kelemahan diri kita sendiri. Kebanyakan orang tidak sedar ataupun sengaja tidak mahu mengubah kelemahan yang ada pada diri mereka.