SERTAI KOMUNITI TRADER DAN DAPATKAN HADIAN UNTUK ANDA

Bagaimana untuk sertai Komuniti Profitsokmofx-Trader.Sesiapa saja yang membuka akaun forex
dari
Syarikat Liteforex
di link admin akan menerima signal percuma dan hadiah istimewa dari
syarikat Liteforex! Register Sekarang KLIK PADA BANNER



Saturday, August 16, 2008

BERITA FANDAMENTAL ANALISIS


Dollar Amerika kembali menguat di hari akhir penutupan merket minggu ini, ini karena disebabkan oleh beberapa faktor seperti turunnya harga emas dan minyak. Saat berita ini ditulis, harga minyak mentah dunia mencapai $112,74 perTON dan Emas mencapai $784,40 per onz. Sebelumnya harga emas sempat jatuh dibawah angka $770. Penguatan dollar kali ini merupakan yang kedua kalinya sejak 2006. Turunnya harga emas dan sejumlah logam komoditi juga membuat permintaan logam sebagai alternatif melabur di Amerika menjadi berkurang. Harga minyak, emas, tembaga, dan jagung yang menurun diikuti dengan menguatnya dollar melambatkan pertumbuhan ekonomi, menurunnya permintaan barang untuk bahan baku. Perak dan Platina(emas putih) juga disebabkan karena meningkatnya kepercayaan terhadap USD karena FED dalam waktu dekat tidak akan menurunkan tingkat suku bunga.


Jon Nadler, seorang senior analis Minerals & Metals Inc. di Montreal, Kanada mengatakan bahwa "Harga sejumlah komoditi menurun dan mengalami kelembatan harga dengan cepat, dan para investor dapat melihat perancangan FED untuk mengatasi kenaikan inflasi di Amerika. Pada pukul 07.00 WIB pagi semalam , emas sempat menyentuh harga $789,47 per ons(turun $17,15 dari penutupan kemarin) di bursa New York atau terendah sejak 17 Desember 2007 lalu. Bursa Tokyo pada jam yang sama memperdagangkan emas dengan harga $ 796,72 per ons. Sementara itu harga perak pada jam 7 pagi semalam, berada pada harga $12,46 per ons atau turun 12,1% dari harga penutupan kemarin yang sebesar $12,98 per ons. Di Tokyo Commodity Exchange harga platinum turun 5,4% menjadi 5,104 Yen per gram ($1445 per ons). Karena efek penurunan komoditi tersebut dollar menguat menjadi $1,4762 per Euro atau naik dari 1,4826 dari harga EUR/USD kemarin.


Pada pukul 05.45 WIB, nilai Core Retail Sales sudah menjangka nilainya menjadi sebesar 0,0% atau lebih tinggi dibanding ramalan harga market yang sebesar -0,8%. Sementara itu nilai Retail Sales juga mengalami kenaikan dari -1,1% pada bulan Jun menjadi 0,9% pada bulan Jul 2008 lalu. NZD tersentak naik dari 0,6976 (sesaat sebelum diumumkan) menjadi 0,6998 per dollar sesaat sesudah diumumkan. "Pendapatan masyarakat terlihat lebih baik pada saat ini" kata Khoon Goh, ahli ekonomi ANZ National Bank Ltd. di Wellington memberitahu naiknya kerana Retail Sales Kiwi.

(Kamis, 14 July) CPI Amerika diumumkan lebih tinggi dari ramalan sebenar dan yang lepas. Saat diumumkan nilai CPI AS mencapai 0,8% atau lebih tinggi dari ramalan sebesar 0,4%. Sementara itu nilai Core CPI mencapai 0,3% atau lebih tinggi dari ramalan yang nilai 0,2%. Beberapa perusahaan yang mengalami kenaikan pendapatan adalah Procter & Gamble Co.dan McDonald's Corp.Nilai USD kembali mengukuh naik karena berita tersebut. Sementara itu Amerika merencanakan akan membantu penyelesaian konflik Rusia-Georgia dengan mengirimkan tentaranya di perbatasan sempadan Rusia-Georgia.

Untuk maklumat : BULAN OGOS 2008 – TINGGAL 2 PESERTA UNTUK UNDANGAN KELAS FACE TO FACE SAYA, LIVE TRADING!!!! Jadi, ambillah peluang ini sementara masih ada. Ym: paknal2007 sms : 012-5060710

SeLamat Berhujung Minggu Salam Sayang

Membangun bersama.................................

Friday, August 15, 2008

BERITA FANDAMENTAL ANALISIS, ISTILAH DAN KESAN-KESANNYA


Salam dan selamat pagi teman-teman yang setia melawati blog saya ini, terlebih dahulu kemaafan dipinta kerana tidak sempat update tentang berita fandamental semalam kerana saya ada kelas face to face dengan sahabat kita di Ipoh. Bagaimana keadaan anda hari ini dan bagaimana pula situasi trading forex? Adakah memperolehi profit @ Loss !!! Saya cadangkan buatlah sedikit catatan untuk mengukur sejauh mana Anda profit @ loss. Berapa kali Profit? dan berapa kali loss? Supaya dengan catatan itu dapat membaiki kelemahan dan kesilapan untuk terus maju dimasa-masa hadapan. Jom kita lihat apa yang bakal berlaku pagi nanti dengan berita-berita fandamental analisis. istilah dan akibat kesan daripada berita tersebut:

SEBELAH PAGINYA


BIL

BERITA FANDAMENTAL

KAITAN

ACTUAL NAIK/TURUN

MATAWANG $

1.

CORE RETAIL SALES
Berita yang mengukur pertumbuhan Jualan Runcit yang nilainya tetap. Nilainya dihasilkan dari nilai Jualan Runcit dan ditolak dengan total perjualan kenderaan di Negara tersebut. Sektor penjualan kenderaan dinilai tidak tetap penghasilannya.

Jika nilai CORE RETAIL SALES yang keluar selepas berita tersebut lebih tinggi dari nilai ramalan @ yang lepas, maka matawang negara tersebut akan mengalami kenaikan.

High Impact – Merah

% Naik

% Turun

NZD Menguat

NZD Menurun

2.

RETAIL SALES
Berita yang mengukur pertumbuhan Jualan Runcit secara keseluruhannya di sesebuah negara.

Jika nilai RETAIL SALES yang keluar selepas berita tersebut lebih tinggi dari nilai ramalan @ yang lepas, maka matawang negara tersebut akan mengalami kenaikan.

High Impact – Merah

% Naik

% Turun

NZD Menguat

NZD Menurun



Buat Duit Dengan Myspace & Friendster E-Kamus-Malaysia

Wednesday, August 13, 2008

INILAH JAWAPANNYA...!!!!!


Kesan Dari Analisis Fundamental

Inilah apa yang saya maksudkan bertapa pentingnya analisis FuNdamental, sesetengah trader forex tidak pernah menekankan pasal analisis Faundamental begitu juga dengan kursus-kursus yang dianjurkan, biasanya akan menekankan hanya semata-mata Teknikal Analisis sahaja. Pada catatatan saya yang lepas banyak saya menyentuh apa dia Analisis Fundamental ini. Itu sebabnya news/berita sangat berpengaruh terhadap portfolio investas seseorang trader. Jika anda hendak menjadi seorang trader yang handal, maka kini saatnya Anda juga MESTI mempelajari analisis Fundamental.

Hari yang gelap kini sudah terang….Ooop pada tahun pertama saya mempelajari forex trading hal ini pun sering berlaku dan sering kali saya alami. Pada jam-jam tertentu harga tidak mengikut hukum analisis Teknical sedangkan semuanya betul apa yang diajarkan oleh guru-guru Technical analisis, harga bergerak berlawanan begitu bersahaja tanpa saya memahaminya…."adeh Float lagi, sedangkan dah betul ni” keluhan seorang trader.


Setelah mempelajari begitu lama akhirnya saya mengerti bahawa ternyata factor tersebut disebabkan oleh berita atau news @ analisis Fundamental. Al-Kisah petang tadi antara sahabat yang YM dengan saya, ketika ini lebih kurang jam 1:20pm 13.08.2008

abgjazz jazz: ooo...

abgjazz jazz: katala news gu high impak, previos+1.0...forecast +1.2..apa kesan pd chart gu ? turun ke naik ?

NALCOOL CARI: jap tengah buat untuk d masukkan kat blog

abgjazz jazz: ooo..nanti saya tengok kat blog

NALCOOL CARI: nnti siap abg bgtahu

abgjazz jazz: ok



Tuan/Puan/Muslimin dan Muslimat

Menurut Kajian Falaq Oleh Jabatan Agama Islam Johor, dijangkakan Gerhana Bulan akan berlaku pada :

Tarikh : 17 Ogos 2008M/15 Syaaban 1429H

Masa : Bermula 03:40 pagi -0640pagi

Justeru itu marilah kita bersama-sama mendegar Khutbah Gerhana Bulan diikuti dengan Solat Sunat Gerhana Bulan di masjid dan surau yang berdekatan dengan anda.

Untuk maklumat, pada 15 Syaaban @ lebih dikenali sebagai Nisfu Syabaan ada peristiwa yang berlaku di dalamnya, dimana Buku amalan catitan kita akan diangkat untuk dipersembahkan kepada Allah SWT dan digantikan dengan buku amalan yang baru.

Oleh itu, kita digalakkan membaca Surah Yassin sebanyak-banyaknnya dan paling kurang sebanyak 3 kali pada malam itu dengan harapan segala amalan kita yang telah lalu diterima begitu juga segala amalan yang akan dicatitkan dalam buku amalan yang baru serta diterima oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan kita akan dihindarkan dari golongan yang sentiasa dalam kerugian, kerana di antara tanda-tanda Hari Kiamta ialah kejadian Gerhana Matahari & Bulan.

Maju Bersama : Popitsokmo- Sekian Terima Kasih

Maju bersama




ANALISIS FANDAMENTAL(FA) - - High Impact !!!


MENGENAL ISTILAH FANDAMENTAL ANALISIS

Berita Fudamental adalah salah satu factor yang utama diperhitungkan dalam pergerakan harga matawang sesuatu Negara, berdasarkan berita-berita @ factor-faktor antara lain EKONOMI, KEAMANAN, POLITIK DAN SEBAGAINYA.


Membangun Bersama


Tuesday, August 12, 2008

BERITA FANDAMENTAL ANALISIS


Dollar Amerika nampak masih kuat lagi ini kerana harga minyak mentah masih tidak stabil di sepanjang minggu lepas. Selain itu harga emas, tembaga dan beras juga mengalami penurunan kerana prospek ekonomi Eropah yang menurun sepanjang minggu lepas.

Namun, ada berita menyatakan harga minyak mentah akan kembali naik akhir minggu ini dan minggu hadapan. Ini disebabkan karena adanya gangguan ke atas planta minyak di laut Kaspia disebabkan oleh konflik Georgia – Rusia. Menteri ekonomi Georgia Eka Sharashidze mengatakan bahawa Rusia sudah membuat persediaan untuk menjadikan planta Baku-Tbilis-Ceyhan sebagai tempat sasaran pengeboman. Planta tersebut adalah sumber minyak dari Azeri melintasi Georgia dan Turki melewati Laut Mediteranian. Perlu diingatkan Georgia merupakan salah satu sulpya minyak mentah di Eropah melalui Laut Kaspia untuk berhubung ke pasar dunia, melentasi Rusia.

Tetsu Emori, adalah seorang fund manager Astmax C0. di Tokyo menyatakan bahawa berkemungkinan akan terjadi kelemahan teknikal sekiranya planta minyak Laut Kaspia terganggu. Menurutnya, harga minyak akan mencapai $117.XX perton akibat peristiwa ini. Minggu ini harga penutupan minyak dagagan dunia mencapai $116,74 setakat ini, pada perdagangan elektronik New York Mercantile Exchange. Pakar Ekonomi dan Mineral National Australia Bank Ltd di Melbourne, Gerard Burg menyatakan bahawa masalah di laut Kaspia ini akan menjadi serius nanti.





Untuk maklumat : BULAN OGOS 2008 – TINGGAL 3 PESERTA UNTUK UNDANGAN KELAS FACE TO FACE SAYA, LIVE TRADING!!!! Jadi, ambillah peluang ini sementara saya masih ingin mengajar dan ingat, peluang seperti ini jarang muncul dalam hidup.


membangun bersama

Monday, August 11, 2008

RENUNG SEJENAK!!!

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.


Subject: FW: Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak...Tolong baca wAHAI TEMAN !!!





Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain... Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

Sunday, August 10, 2008

JAWAPAN DARI PERTANYAAN


Al-hamdulillah paknalbudu (popitsokmofx) sentiasa berlapang dada , menerima pandangan dan juga teguran. Selagimana ianya untuk kebaikan bersama , saya sentiasa membuka ruang buat teman-teman semua.

Syukur banyak pandangan dan teguran saya terima semuanya melalui sms, e-mail dan ym. Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana bersama-sama ingin membina demi kemajuan bersama. Semoga saya tidak di kutuk dan dikritikan di forum-forum terbuka seperti apa yang berlaku pada piha-pihak tertentu.

Ini adalah sebahagian daripada pertanyaan saya terima “ Apa pendapat paknalbudu, Teknik yang menggunakan Tenchnical semata-mata ?

Jawapan dari pertanyaan : “Apa yang boleh Saya katakan Teknik yang menggunakan Tenchnical traders semata-mata adalah TIDAK salah dan saya sendiri juga adalah technical trader cuma saya gabungkan dengan analisis fundamental. Keyunikkan Teknik saya adalah, technical trader dan news trader yang menggabungkan semua faktor technical dan news/market sentiment di dalam strategi saya dan saya berpendapat, yang salahnya adalah jika trade berdasarkan technical semata-mata. Bermulanya urusniaga Forex dibuka pada orang ramai oleh retail Forex Broker pada tahun 1996/1997, broker-broker Forex mula mempromosikan Forex pada orang ramai dengan menawarkan pengajaran Technical Analysis yang DIAMBIL DARI STOCKS dan market lain.

Seorang OTAI FOREX ada menyatakan "kita perlu golongan sebegini untuk berada di position yang bertentangan dengan kita". Kita tidak perlu risau jika tiada orang yang rugi kerana technical trader semata-mata akan sentiasa ADA di dalam FOREX ini. So, duit mereka inilah yang kita ambil sebagai PROFIT KITA!
Fikir-fikirlah kata-kata ini!!!!

Justeru itu, saya tidak trade berdasarkan technical trade semata-mata, KADANG-KADANG 1 HARI TAK MASUK POS PUN ADA BILA REPOT NEWS BERCANGGAH DENGAN ACTUALNYA. Memang benar ada technical trade yang bagus, tapi berapa lama ianya bertahan, sebab itu saya kata : kita tidak boleh trade berdasarkan technical semata-mata. Perlu diingatkan technical trade dibentuk dari price pattern, price pattern dibentuk dari ekonomi.

Saya juga ada strategi trade berdasarkan technical trade (diambil dari beberapa orang guru2, otai2 yang saya bayar dulu hasil dari pergi kelasnya), namun saya tidak masuk Long Term sebab saya nak take profit sebelum apa-apa news dapat affect floating profit saya. dan saya masuk technical trade setelah saya kaji tiada Fundamental atau news yang dapat affect position saya, yang saya takut : HIGH IMPACK NEWS PEHHH, SENSARA DIBUATNYA !!! KELUHAN SEORANG TRADER…..

Memang TIDAK DINAFIKAN jika saya hanya bergantung pada News sahaja, sesetengah bulan saya hanya akan dapat untung yang sangat sedikit, disebabkan itu saya masuk technical trade combined with fundamental analysis dan secara short term sahaja. Alah teknik 2 + 1, macam iklan shampoo lak adeh…

Saya bukan big Trader, saya hanya ikan bilis yang hanya tred untuk kehidupan sebab itu saya pastikan betul-betul bila nak masuk pos dan keluar pos. Bank traders memang benar ada yang masuk secara long term, namun mereka masuk secara technical+NEWS(market sentiment).

INGATLAH KATA-KATA KU WAHAI TEMAN : INGAT JANGAN TIDAK ingat, setiap technical trade ada lifespan tersendiri kerana technical itu diambil dari candle yang diform based on fundamental, fundamental can change anytime. Dan perlu juga diingatkan, jika satu-satu technical itu adalah sangat ramai digunakan oleh traders(famous), BROKER/Big Boys yang mempunyai Log Book (Rekod trade traders) dan FUND yang SANGAT BESAR akan pusing sebentar price di dalam FOREX semasa VOLUME trade yang rendah untuk mengejar stop loss anda! :)
Inilah hakikat "world's greedies cut throat business"! Terkejut dengan kenyataan ini? Kenapa tak percaya.. Tepuk Dada Tanya la Otai-Otai Forex Kalau dia tidak boleh bagi jawapan…maknanya dia bukan otai…Petai adalah heehhe Inilah kebenarannya……LU FIKIR LA SENDIRI kata si nabil…(Raja Lawak Astro)

Kata-kata kasar : LU Fikir broker tu Mak Bapak Sauadara Lu Ke !!!!!

Anda fikir Broker anda terlalu baik bagi anda pinjam duit sehingga 100,200 kali ganda untuk beli satu-satu lot SEDANGKAN mereka tidak mengenal anda? Semua broker bertujuan mengaut keuntungan beratus juta dollar dengan menggunakan teknik kotor ini. Jika kita kenal bagaimana Forex broker berfungsi, kita tahu bagaimana untuk survive dalam bidang ini.

Pelajaran dalam bidang Forex ini tiada noktahnya… bidang Forex ini (mana-mana trading) bukanlah untuk orang yang menghadapi masalah kewangan atau skim Cepat KAYA. Anda diwajibkan mempunyai 100% KETENANGAN MINDA DAN JIWA, STRESS FREE semasa anda trading kerana percayalah, jika anda tidak dapat mengawal emosi anda, anda akan GAGAL.

Saya berminat untuk menghadiri kursus forex sekiranya paknalbudu

mengendalikannya !!! Adakah paknalbudu ada membuat kursus tersebut?

TIDAK!!!! Saya tidak pernah mengendalikan atau menganjurkan Kursus Forex TETAPI saya menganjurkan kelas forex face to face dan uniknya anda yang menentukan tempatnya ikut keselesaan anda, saya berkonsepkan turun padang maknanya saya yang turun ke tempat anda sebab visi saya membangun bersama, telus jujur dan ikhlas.

Kenapa saya kata kelas bukan kursus, sebab Saya yakin banyak terdapat kursus-kursus forex yang dibelakangnya adalah ‘marketer’ atau maketing plan yang berlakon kononnya mereka seorang ‘trader’ di luar sana yang menganjurkan kursus Forex dengan informasi Forex dan system trading yang kurang berkesan. Sewaktu diawal penceburan saya dibidang ini saya pun..TIPAH TERTIPU TIPAH DEK kursus-kursus forex ni. Cuba anda bayangkan kos kita nak pergi dicampur yuran kelas RM1000 pehh … hari tu saje depa dah dapat 30k klu yang datang kursus ceramah forex tu 30 orang penuntut. Habis-habis ceramah kita balik, nak Tanya soalan malu maklumlah ramai trader dalam kursus tu!!!

Kelas Face to face yang saya kendalikan ini, lebih mesra alam, tetapi bukan untuk belajar semua mengenai Forex, tetapi adalah untuk mendapatkan untung dengan Forex. Namun ada juga sedikit basic yang akan saya terangkan. MAAF!!! MAAF!!! MAAF!!!

SAYA TIDAK BUAT KELAS SEMASA MARKET OFF…KELAS FACE TO FACE SAYA, LIVE TRADING!!!! Tetapi sekiranya ada permintaan saya akan pertimbangkanya namun setakat ini saya menolaknya kerana Anda yang akan rugi bila belajar masa keadaan market off. Saya boleh katakan terdapat sedikit orang sahaja yang benar-benar ingin mengajar ilmu Forex yang dalam dunia ini yang betul-betul ingin membangun bersama, telus jujur dan ikhlas.

Untuk maklumat : BULAN OGOS 2008 – TINGGAL 5 PESERTA UNTUK UNDANGAN KELAS FACE TO FACE SAYA, LIVE TRADING!!!! Jadi, ambillah peluang ini sementara saya masih ingin mengajar dan ingat, saya sangat suka trading dari training.

BOLEHKAH saya melihat screenshot ACCOUNT STATEMENT atau bukti-bukti lain di dalam BLOG ini milik paknalbudu?

Soalan ini saya tujukan kepada si bertanya balik… adakah dengan melihat screenshot Account Statement milik saya baru anda menjemput saya untuk memberi kelas kepada anda? Sekiranya jawapan anda YA. Anda adalah salah seorang yang senang diperdaya oleh kursus-kursus forex yang dibelakangnya adalah ‘marketer’ atau maketing plan.

Wahai sahabatku : Meletakkan screenshot yang untung ada berbagai cara untuk mempromosikan servis Anda. Ini kerana, berdasarkan apa yang saya selidiki mengapa screenshot mereka tetap untung, sedangkan apa yang diajar mereka tetap rugi!!! Nak tahu caranya ..adeh … mereka sebenarnya membuka seberapa banyak demo account dan masuk dengan pelbagai position, misalnya satu demo akaun untuk buy, satu untuk sell, dan demo-demo akaun yang lain mengikut prinsip kebarangkalian untung. Kerana dalam Forex, hanyalah BUY & SELL. Jadi mereka akan capture screenshot yang mana yang paling menguntungkan dan letak dalam website…TIPAH TERTIPU LAGI..TIPAH TERTIPU TIPAH….

Dari awal saya katakan visi saya membangun bersama, telus jujur dan ikhlas. Saya tidaklah pandai sangat, ramai lagi di Malaysia ini yang hebat-hebat, cuma saya tidak kenal mereka. Dan saya percaya Trader yang hebat-hebat ini juga tidak mahu dikenali. Apa yang pasti bila anda bertemu saya anda mempelajari sesuatu yang baru yang saya nampak, anda pun nampak cuma bezanya anda tidak praktikkannya. NAMUN UNTUK TIDAK MENHAMPAKAN KAWAN-KAWAN LIHATLAH screenshot ACCOUNT STATEMENT MILIK SAYA, untuk anda berhati-hati dan menjadi ikhtibar … fxopen membekukan akaun saya kerana ada kes churning..



Membangun bersama....