SERTAI KOMUNITI TRADER DAN DAPATKAN HADIAN UNTUK ANDA

Bagaimana untuk sertai Komuniti Profitsokmofx-Trader.Sesiapa saja yang membuka akaun forex
dari
Syarikat Liteforex
di link admin akan menerima signal percuma dan hadiah istimewa dari
syarikat Liteforex! Register Sekarang KLIK PADA BANNER



Sunday, August 17, 2008

Berita Fundamental - Presiden Medvedev tandatangani pelan enam perkara


SOCHI, Rusia 16 Ogos - Presiden Dmitry Medvedev hari ini menandatangani perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan konflik dengan Georgia berhubung isu wilayah South Ossetia.

Ketua jurucakap Kremlin, Natalia Timakova berkata, Presiden Medvedev memaklumkan bahawa beliau telah menandatangani pelan enam perkara tersebut.

Presiden Georgia, Mikheil Saakashvili telah menandatangani perjanjian yang diusahakan oleh Perancis semalam sewaktu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice melakukan lawatan ke negara itu

Sementara itu di Shannon, Ireland, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berjanji bahawa Moscow akan setia dengan pelaksanaan gencatan senjata berkenaan.

Rice semalam berjaya meyakinkan Saakashvili untuk menandatangani perjanjian yang diusahakan oleh Kesatuan Eropah yang kini diketuai Perancis.

Setiausaha Negara AS itu pada sidang akhbar di Tbilisi menyeru Rusia memanggil pulang pasukan tenteranya dengan segera.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon akan mengadakan perbincangan tertutup dengan duta AS, Rusia dan Georgia hari ini untuk mencari jalan memastikan gencatan senjata tersebut berjalan lancar.

Beliau dijangka mendesak duta dari ketiga-tiga negara itu untuk meningkatkan usaha mencapai konsensus mengenai draf resolusi baru untuk perjanjian yang telah menamatkan pertempuran lima hari di South Ossetia dan Abkhazia.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, Majlis Keselamatan juga dijangka mengadakan rundingan baru berhubung draf resolusi diusahakan oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy yang turut menyenaraikan komitmen tidak menggunakan kekerasan, menamatkan pertempuran secara jelas dan memberikan akses bebas kepada bantuan kemanusiaan.

Namun begitu Kementerian Luar Georgia menyatakan, tentera Rusia telah meletupkan jambatan kereta api yang terletak 45 kilometer dari Tbilisi untuk "melumpuhkan jaringan kereta api negara ini."

Agensi berita Rusia sendiri melaporkan, tenteranya telah merampas 100 buah kereta perisai termasuk 65 kereta kebal dan lima pelancar peluru berpandu dalam operasi dekat South Ossetia.

Kolonel Igor Konashenkov menjelaskan, beberapa pengangkut askar buatan AS turut ditemui selain meriam D-30 dan sistem artileri buatan Republik Czech.

Tambahnya, beberapa kereta kebal yang dirampasa juga didapati telah dipermodenkan di Ukraine tidak lama dulu.

- Agensi

No comments: