
Bulan Ramadhan adalah tetamu khas kepada kita dan kepada seluruh umat islam yang wujud dibumi ini. Maka dengan ketibaan tetamu khas ini marilah kita sama-sama mejaga landasan-landasan agar kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang rugi, kalau rugi dalam urusan matawang asing @ forex kita mengeluh, marah dan sebagainya. Bagaimana pula kalau kita rugi di bulan Ramadhan ini. Didalam hadis " Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Ramadhan akan datang menemui kamu sebagai bulan berkat keatas kamu, rahmat akan terus mencurah-curah dan dosa-dosa akan berguguran, juga doa-doa akan dimakbulkan tuhan. Allah swt akan melihat kepada perlumbaan kamu (didalam melakukan ibadat) padanya dan para mailakat pula akan berbanga-banga dengan kamu, maka tunjukkanlah kepada Allah swt akan kebaikkan kamu, kerana sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang terlepas dari Rahmat allah anzawajalla." Rawahu al-Tabrani.
No comments:
Post a Comment